Hujan

Bila benda itu jatuh, mereka kata itu hujan.

Satu benda yang terjadi; hujan.

Tetapi di dalam hujan itu ada beribu-ribu titisan air kecil yang jatuh dari awan yang berat. Sama juga dengan ini,  apa yang dirasakan bukan hanya kerana satu sebab, tetapi kerana sebab-sebab yang terlalu banyak tetapi telus seperti titisan air itu. Sifatnya tidak lain tidak bukan, tetapi seperti titisan air yang jatuh sekali gus dipanggil hujan.

Semuanya kecil, telus seperti titisan air.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Sikit-sikit lama-lama basah lah badan.
Sikit-sikit lama-lama beratlah rasa.

2 comments

  1. Nyna, kenapa ni? Btw, this is beautiful. :)

    ReplyDelete
  2. Kenapa? Tak mampu nak jawab soalan tu, Yong. haha Thanks! :)

    ReplyDelete

What's on your mind is there for a reason. :)