A Living Corpse

Butakan aku dengan sinaran mentari
Pekakkan aku dengan dentuman guruh
Bekukan aku dengan racun berbisamu 
Yang aku mahu
Ya, inilah yang aku mahu!
Tikamlah hati aku!
Ragutlah jantung aku!
Bakarlah ia
Sehingga debu berterbangan
Menerawang ke udara di setiap pelosok dunia
Mengkhabarkan tentang kesedihan
Keperitan, kehinaan
Pelajaran aku
Tentang seorang insan
Ambil! Ambil segalanya! 
Ambil jantungku! Ambil hatiku! Ambil nyawaku!
Aku lebih rela hidup didalam satu saat
Kerana kesilapan ini,
Kekhilafan ini
Tidak mampu aku memaafkan diriku
Aku merelakan apa sahaja
Di dalam senyuman itu
Di dalam pandangan itu
Di dalam kata itu
Ada sesuatu
Yang belum terungkai
Tikaman demi tikaman
Hentaman demi hentaman
Ungkaian demi ungkaian
Ambillah, ambillah, ambillah segalanya!
Dunia ini tidak menggenggam aku lagi
Kerana aku mayat yang bernafas.


Just a random post. I think this is my first time of making an entry in Bahasa Malaysia. Not that good. But I hope Cikgu Ferdawos would be happy to know that I finally made a post in BM. LOL! XD Long live Bahasa Malaysia!!! Eh, silap. Patut; Hidup Bahasa Malaysia!!! XDD

To note, nothing personal. Please don't take it to heart. Please. This is just a random post. Okay? :D This is just me, myself and I.


No comments

What's on your mind is there for a reason. :)